Skip to main content
search

Sebutharga Perkhidmatan Merekabentuk Dan Memasang Galeri Bangunan Pejabat SEDA Malaysia

Procurement Issued Date - Mon, 3 Nov 2025
Submission Closing Date - Thu, 13 Nov 2025 12:00pm
SEDA(SH)-20/2025
Open

Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada syarikat yang berpengalaman, berkelayakan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) (pendaftarannya masih lagi berkuat kuasa dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tawaran Sebut Harga ini ditutup) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menyediakan perkhidmatan berikut:

No. Tender Tajuk Sebutharga Kod Bidang Tarikh Iklan,
Tarikh Taklimat dan
Tarikh Tutup
SEDA(SH)-20/2025 Sebutharga Perkhidmatan Merekabentuk Dan Memasang Galeri Bangunan Pejabat SEDA Malaysia Kementerian Kewangan  221305 dan mana-mana

010301

atau

020901

Tarikh Iklan:
3 November 2025 (Isnin)


Tempat Taklimat:
Secara dalam talian (Microsoft Teams)


Tarikh Taklimat:
5 November 2025 (Rabu)


Masa:
2:30 petang


Tarikh Tutup:
13 November 2025 (Khamis)


Masa:
12:00 PM

2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi Sebut Harga Perkhidmatan Mereka Bentuk, Membekal dan Memasang Galeri Bangunan Pejabat SEDA Malaysia.

3. Sesi Taklimat Sebut Harga adalah DIWAJIBKAN kepada syarikat yang ingin menyertai Sebut Harga ini dan akan diadakan secara dalam talian (Microsoft Teams) pada 5 November 2025 (Rabu), pukul 2:30 petang. Syarikat boleh membuat permohonan melalui e-mel kepada ym.vog.adesobfsctd@UP selewat-lewatnya pada 5 November 2025 (Rabu; pukul 2:00 petang) dengan menyertakan bersama:

  • Borang Pengesahan Kehadiran (Borang boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my);
  • Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) (berserta lampiran kod bidang 221305 dan mana-mana 010301 atau 020901); dan
  • Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (Borang 9/D/13/lain-lain).

4. Kegagalan atau lewat hadir untuk taklimat pada waktu yang ditetapkan boleh menyebabkan tawaran Penyebut Harga tidak dipertimbangkan dan sebarang rayuan berkenaan perkara ini tidak akan dilayan. Syarikat yang tidak menghadiri sesi taklimat tidak layak menyertai Sebut Harga ini. Setiap seorang wakil TIDAK boleh mewakili dua syarikat yang berbeza. Wakil syarikat hendaklah penama di dalam Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan atau orang yang diberi kuasa (Surat Penurunan Kuasa perlu disertakan).

5. Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibeli secara dalam talian. Dokumen Sebut Harga mula dijual pada 3 November 2025 (Isnin, pukul 9:00 pagi hingga 4:00 petang) sehingga 13 November 2025 (Khamis, pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari) dengan harga sebanyak RM100.00 (Ringgit: Satu Ratus Sahaja).

Download Documents
Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga


Borang Pengesahan Kehadiran

6. Syarikat hendaklah mengemukakan permohonan pembelian kepada ym.vog.adesobfsctd@UP dengan menyertakan Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga (boleh dimuat turun di laman sesawang SEDA Malaysia www.seda.gov.my) dan dokumen sokongan seperti di perkara 3. Unit Perolehan akan memberikan butiran bayaran melalui e-mel kepada syarikat selepas semakan permohonan disahkan.

7. Semua kos berkaitan cadangan tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab pemohon. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara DALAM TALIAN sahaja. Syarikat hendaklah mengemukakan resit pembayaran melalui e-mel kepada ym.vog.adesobfsctd@UP. Dokumen Sebut Harga akan diperolehi melalui e-mel dalam bentuk PDF selepas terimaan bayaran disahkan oleh Bahagian Kewangan, SEDA Malaysia.

8.  Cadangan tawaran (dalam bentuk hardcopy dan softcopy (pendrive)) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga disebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:

Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia
Aras 6, Cyberview 23A
Persiaran APEC, Cyber 6
63000 Cyberjaya, Selangor

9. Jika serahan dokumen adalah melalui perkhidmatan kurier, Syarikat hendaklah memaklumkan kepada SEDA Malaysia butiran kurier seperti tarikh, masa dan tracking number sebaik dokumen tersebut dihantar melalui kurier. Syarikat juga perlu memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup sebut harga selewat-lewatnya pada pukul 12:00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.

10. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada cadangan tawaran.

11. Cadangan tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.

Syarikat yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran Sebut Harga adalah dianggap tidak berjaya.