Skip to main content
search

Kepimpinan Mampan & Transformasi Korporat

By Jum, 7 Nov 2025#!30Rab, 26 Nov 2025 15:23:24 +0800+08:002430#30Rab, 26 Nov 2025 15:23:24 +0800+08:00-3Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpur202530 26pm30pm-30Rab, 26 Nov 2025 15:23:24 +0800+08:003Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpur2025302025Rab, 26 Nov 2025 15:23:24 +08002332311pmRabu=1899#!30Rab, 26 Nov 2025 15:23:24 +0800+08:00Asia/Kuala_Lumpur11#November 26th, 2025#!30Rab, 26 Nov 2025 15:23:24 +0800+08:002430#/30Rab, 26 Nov 2025 15:23:24 +0800+08:00-3Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpur202530#!30Rab, 26 Nov 2025 15:23:24 +0800+08:00Asia/Kuala_Lumpur11#Berita Terkini2 min read

Warga SEDA Malaysia berpeluang menyertai sesi perkongsian ilmu secara eksklusif bersama YBhg. Tan Sri Abdul Wahid Omar, tokoh korporat yang disegani di negara ini.

Dengan tema “Kepimpinan Mampan & Transformasi Korporat”, sesi tersebut membuka ruang dan peluang kepada warga SEDA untuk mendalami nilai kepimpinan berimpak tinggi dalam menerajui perubahan ke arah organisasi yang lebih mampan, berdaya saing dan berintegriti.

Sesi ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Hamzah Hussin, Ketua Pegawai Eksekutif SEDA Malaysia.Dalam pada itu, YBhg. Tan Sri Abdul Wahid turut berkongsi kisah kehidupannya yang bukan sahaja sarat dengan pelbagai pengajaran, tetapi juga penuh inspirasi untuk diteladani.

Sesi perkongsian ilmu ini bukan sekadar menjadi wadah wacana kepimpinan, tetapi turut menyuntik semangat baharu serta memberi hala tuju yang jelas kepada warga SEDA untuk terus menjadi pemangkin dan mengukuhkan motivasi diri.
Program ini dikendalikan oleh YBrs. Encik Roslan Ali @ Hassan, Pengarah Kanan Bahagian Komunikasi Strategik SEDA Malaysia, selaku moderator.

Turut hadir pengurusan tertinggi dan warga SEDA Malaysia serta wakil-wakil agensi di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) yang bersama-sama menjayakan sesi berinspirasi ini.

#PETRA #SEDAMalaysia #LeadershipTalk #KepimpinanMampan #TransformasiKorporat #InspirasiKepimpinan