Skip to main content
search

Sesi Taklimat Program Nikmat Untuk Rakyat (NUR@PETRA)

Registrations have closed.
SEDA Malaysia

Sesi Taklimat Program Nikmat Untuk Rakyat (NUR@PETRA)

74 74 people viewed this event.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia akan menganjurkan Sesi Taklimat Program Nikmat Untuk Rakyat (NUR@PETRA) bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), Industri dan Komersial bagi Sesi 03/2025 di Zon Sabah. Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh  Masa     Tempat    Penyertaan Bayaran 
20 November 2025 (Khamis) 9.00 pagi – 1.00 petang Le Méridien, Kota Kinabalu, Sabah Terhad kepada 100 peserta terawal sahaja Percuma (Makan tengah hari dan goodies disediakan )

Taklimat ini diadakan bagi memperkenalkan serta mempromosikan manfaat dan peluang yang ditawarkan di bawah Program NUR@PETRA secara bersemuka. Melalui seminar ini, peserta turut didedahkan kepada penggunaan teknologi cekap tenagatenaga boleh baharu, serta pelbagai insentif yang disediakan oleh SEDA Malaysia.

Selain itu, seminar ini juga menjadi platform kepada usahawan sektor PMKS, industri dan komersial untuk mendapatkan maklumat yang lebih menyeluruh secara langsung daripada pasukan pelaksana Program NUR@PETRA.

Program NUR@PETRA menyediakan rebat diskaun sehingga RM4,000 bagi usahawan PMKS untuk pembelian peralatan cekap tenaga, serta sehingga RM500,000 untuk kategori industri/komersial bagi penukaran sistem penyejukan seperti chiller di premis tumpuan awam.

Tuan/puan dipohon untuk melengkapkan pautan pra-pendaftaran sekiranya berminat. Pihak SEDA Malaysia akan menghubungi tuan/puan bagi pengesahan pendaftaran bagi yang berjaya. Pautan Pendaftaran: https://bit.ly/NURSABAH

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pasukan Projek NUR@PETRA di talian 03-8870 5922 / 5864 / 5869.

 

Date And Time

20-11-2025 @ 09:00 AM to
20-11-2025 @ 01:00 PM
 

Event Types

 

Event Category

Share With Friends